AGENDA

Mais, Jais diminta perkasa penguatkuasaan isu penceramah tiada tauliah

15 Mac 2023, 8:41 AM
Mais, Jais diminta perkasa penguatkuasaan isu penceramah tiada tauliah

SHAH ALAM, 15 MAC: Pihak berkuasa agama Islam negeri ini disaran memperkasakan penguatkuasaan di setiap peringkat bagi memastikan semua pihak akur hanya individu bertauliah dibenar memberi ceramah dan kuliah.

Wakil rakyat Meru berkata tindakan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu juga dapat mengekang penceramah yang tidak bertauliah daripada terus mengajar di masjid dan surau.

"Penguatkuasaan perlu diperkasakan untuk memastikan mereka ini patuh dengan titah Tuanku.

"Terima kasih kepada Pengerusi  Mais Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan EXCO Agama yang mengatur pertemuan dengan wakil rakyat beragama Islam berbincang perkara ini," kata Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar .

Beliau berkata demikian ketika usul menyembah ucapan serta menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

Sempena istiadat pembukaan DNS, Sultan Selangor hanya perkenan individu berkelayakan dan mempunyai tauliah daripada Mais sahaja dibenar memberi ceramah, kuliah, tazkirah atau pengajian di masjid dan surau.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.