ADN

100 pengunjung awal Selangor Agro Market DUN Bukit Melawati dapat kupon RM5

10 Mac 2023, 9:52 AM
100 pengunjung awal Selangor Agro Market DUN Bukit Melawati dapat kupon RM5

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 10 MAC: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati yang ingin mendapatkan barangan segar dari ladang dipelawa ke Selangor Agro Market (SAM) di Balai Belia Bukit Kuching pada Ahad ini.

Jualan harga patut anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Melawati dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan MPKK Bukit Kuching itu bermula jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

Wakil rakyatnya Juwairiya Zulkifli berkata antara yang dijual di SAM ialah barangan basah serta kering, pastri, sayur-sayuran, buah-buahan, anak pokok dan pelbagai jenis makanan.

"Pusat khidmat rakyat juga membuka kaunter pendaftaran inisiatif yang ditawarkan Kerajaan Negeri sementara Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (Suka) membuka kaunter semakan kesihatan," katanya menerusi Facebook.

Menurut Juwairiya lagi, 100 pengunjung terawal akan mendapat kupon beli-belah percuma bernilai RM5.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.