ad
AGENDA

Lans koperal tembak isteri direman tujuh hari

6 Mac 2023, 2:36 AM
Lans koperal tembak isteri direman tujuh hari

KANGAR, 6 MAC: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang dipercayai menembak mati isterinya direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 12 Mac.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek berusia 27 tahun itu kini mendapat rawatan di hospital berkenaan.

Bernama semalam melaporkan suspek menembak mati isterinya berusia 26 tahun di kediaman pasangan itu di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat dan motif kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.