ad
AGENDA

Selangor hantar pasukan sukarela bantu mangsa bah di Johor

4 Mac 2023, 5:33 AM
Selangor hantar pasukan sukarela bantu mangsa bah di Johor
Selangor hantar pasukan sukarela bantu mangsa bah di Johor

HULU LANGAT, 4 MAC: Pasukan sukarelawan termasuk Sukarelawan Selangor (Serve) digerakkan ke penempatan banjir di Johor bagi membantu kerja pembersihan dan pemulihan kawasan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata beliau yang turut menyertai Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang pusingan kedua itu dijangka bertolak selepas banjir surut.

[caption id="attachment_569760" align="aligncenter" width="779"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap di Jelajah Kita Selangor Penyayang (JKSP) Hulu Langat di Padang KRT, Taman Impian Ehsan, Hulu Langat pada 4 Mac 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Dalam masa sama kita juga bersedia menghantar bantuan bot dan aset lain jika perlu. Sekarang ini kita juga bersedia berdepan banjir di Selangor.

“Semalam, berlaku banjir di Kampung Kubu Gajah (Sungai Buloh) beberapa jam. Alhamdulillah terkawal dan tak ada perpindahan,” katanya pada sidang media Jelajah Kita Selangor Penyayang Hulu Langat hari ini.

Hari ini Misi Bantuan Kita Selangor Penyayang peringkat pertama bergerak ke Johor menghantar barangan keperluan asas seperti makanan, kit kebersihan dan lampin pakai buang.

Amirudin berkata barangan keperluan terus dibawa ke depoh simpanan di Muar bagi memudahkan urusan penghantaran ke mangsa banjir.

“Kita hantar makanan awal kerana keperluan mendesak di sana. Kita bantu tambah makanan untuk mangsa,” katanya.

Setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 37,322 membabitkan penduduk di sembilan daerah dengan 10,793 keluarga dipindahkan ke 238 pusat pemindahan sementara (PPS).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.