PBT

Aktiviti menarik nanti pengunjung program komuniti strata sihat Ahad ini

1 Mac 2023, 1:27 AM
Aktiviti menarik nanti pengunjung program komuniti strata sihat Ahad ini

SHAH ALAM, 1 MAC: Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung program komuniti strata sihat dan sejahtera anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada Ahad ini.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata antara aktiviti itu termasuk gotong-royong, cegah denggi, pemeriksaan kesihatan dan pergigian, taklimat pemadaman kebakaran serta taklimat pencegahan scammer.

"Selain itu pameran agensi kerajaan dan swasta, program kutipan barang kitar semula dan minyak masak terpakai turut diadakan.

"Selain memperkasa dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk, program komuniti strata turut memfokuskan kepada amalan gaya hidup sihat serta persekitaran kehidupan bersih dan selamat," katanya ketika menyampaikan perutusan pada Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 2/2023 hari ini.

Katanya program komuniti strata pada 5 Mac ini diadakan di Padang Rekreasi, Jalan Meranti Putih 9B/KU10 Taman Desa Permai 3 Meru, Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.