ad
AGENDA

PM: Had pelaburan individu bagi ASB, ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000

24 Feb 2023, 10:36 AM
PM: Had pelaburan individu bagi ASB, ASB 2 dinaikkan kepada RM300,000

KUALA LUMPUR, 24 FEB: Jumlah had pelaburan individu Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan ditingkatkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga bersetuju untuk meningkatkan saiz dana Amanah Saham Malaysia sebanyak RM5 bilion.

"Langkah ini bertepatan dengan usaha kerajaan dalam menyokong peningkatan ekuiti dalam kalangan Bumiputera," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.