AGENDA

Diskaun hingga 20 peratus untuk bayaran balik PTPTN mulai 1 Mac

24 Feb 2023, 10:23 AM
Diskaun hingga 20 peratus untuk bayaran balik PTPTN mulai 1 Mac

SHAH ALAM, 24 FEB: Diskaun sehingga 20 peratus akan diberikan untuk pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Mac ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini berkata diskaun tersebut diberikan untuk tempoh tiga bulan.

"Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terkesan, kerajaan bersetuju memberikan penangguhan bayaran balik kepada peminjam berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah untuk tempoh enam bulan.

"Permohonan penangguhan ini boleh dibuat mulai 1 Mac depan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.