ad
AGENDA

Pembaikan ratusan klinik, sekolah daif disegerakan

24 Feb 2023, 9:16 AM
Pembaikan ratusan klinik, sekolah daif disegerakan

SHAH ALAM, 24 FEB: Pembaikan bagi 400 klinik dan 380 sekolah daif di seluruh negara akan disegerakan menerusi peruntukan sebanyak RM1.2 bilion, maklum perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, had sebut harga perolehan kerja pembaikan itu juga ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000 untuk menyegerakan pelaksanaan projek.

"Tidak boleh diterima akal zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif. Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan.

"Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi Kerajaan kalau tidak

memudah cara. Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.