AGENDA

Duti eksais dikenakan untuk rokok elektronik

24 Feb 2023, 8:42 AM
Duti eksais dikenakan untuk rokok elektronik

SHAH ALAM, 24 FEB: Duti eksais akan dikenakan ke atas produk cecair atau gel mengandungi nikotin yang digunakan untuk rokok elektronik (vape), kata perdana menteri.

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, produk tersebut dijual secara berleluasa dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion meskipun ia tidak sah di sisi undang-undang.

"Kerajaan menyokong ikhtiar Generational Endgame (GEG) dan bersetuju separuh hasil duti eksais ini diperuntuk semula kepada Kementerian Kesihatan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan," katanya.

Beliau yang menambah usaha penguatkuasaan agensi kerajaan akan terus dipergiat bersama pihak industri bagi mengekang ketirisan hasil dan subsidi akibat penyeludupan diesel, arak dan rokok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.