PBT

Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Aeon Mall Shah Alam Sabtu ini

16 Feb 2023, 11:50 AM
Pejabat bergerak MBSA beroperasi di Aeon Mall Shah Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 16 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan pejabat bergerak di perkarangan tempat letak kereta Aeon Mall Shah Alam, Seksyen 13 di sini Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata Shah Alam On Wheels (SAOW) itu akan memulakan operasinya pada 11 pagi hingga 5 petang.

“Imi merupakan platform disediakan MBSA untuk orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Pejabat bergerak ini akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya,” kata Shahrin Ahmad dalam kenyataan.

Beliau berkata, melaluinya majlis berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.