ad
AGENDA

Turkiye bina 30,000 bangunan kediaman di zon gempa seawal Mac

15 Feb 2023, 7:44 AM
Turkiye bina 30,000 bangunan kediaman di zon gempa seawal Mac

ANKARA, 15 FEB: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkata pihak berkuasa akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman di zon gempa bumi pada Mac, lapor Sputnik.

"Kami akan segera memulakan kerja pembinaan sebaik sahaja penilaian kerosakan selesai.

“Mulai awal Mac, kami akan memulakan pembinaan 30,000 bangunan kediaman.

"Matlamat kami adalah untuk menyiapkan pembinaan beberapa bangunan berkualiti tinggi dan selamat dalam tempoh setahun yang akan menyelesaikan masalah perumahan di zon berkenaan," katanya.

Erdogan berkata 98 peratus bangunan yang runtuh akibat gempa bumi baru-baru ini telah dibina sebelum 1999.

Angka kematian akibat gempa bumi yang dahsyat di Turkiye kini melebihi 35,000.

Bencana itu disifatkan tragedi terburuk dalam sejarah. -BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.