ad
AGENSI

Surau, masjid jadi lokasi jualan murah di DUN Seri Serdang

15 Feb 2023, 7:16 AM
Surau, masjid jadi lokasi jualan murah di DUN Seri Serdang
Surau, masjid jadi lokasi jualan murah di DUN Seri Serdang

SUBANG JAYA, 15 FEB: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang jalin usaha sama dengan pengurusan masjid dan surau dalam pemilihan lokasi penganjuran Jelajah Ehsan Rakyat.

Pegawai Khas (Kebajikan) kepada wakil rakyatnya Islah Ismail berkata inisiatif itu antara kelainan yang cuba dibawa bagi memberi kemudahan kepada warga sekitar untuk membeli barangan pada harga murah.

[caption id="attachment_566638" align="aligncenter" width="738"] Pegawai Khas (Kebajikan) ADN Seri Serdang Islah Ismail. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Tahun ini kita banyak buat kerjasama dengan masjid atau surau memandangkan tahun lepas banyak buat di kawasan lapang. Jadi kali ini kita cuba rapatkan hubungan dengan masjid dan surau lebih-lebih lagi bulan Ramadan yang semakin dekat.

"Di lokasi hari ini kita buka tabung untuk kutipan ihya' Ramadan bagi memudahkan pengunjung yang berhasrat untuk menderma kepada surau yang membawa kebaikan bersama iaitu kita boleh anjur jualan murah pada masa sama surau jugak mendapat manfaat," katanya.

Ditemui pada jualan murah di perkarangan Surau Ar-Ridhuan, Taman Puchong Permai hari ini, Islah berkata pihaknya menyasarkan 25 program jualan murah berlangsung di DUN berkenaan sehingga Mac.

“Pihak DUN berhubung rapat dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan berusaha memohon slot sekerap mungkin,” katanya.

Jualan murah kelolaan PKPS menawarkan jualan ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

Program berkenaan memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor melalui siri jelajah di sekitar 56 DUN sebelum ini yang kemudiannya dilanjutkan hingga Mac depan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.