ad
AGENDA

Dasar inklusif UIS tumpu empat strategi, sedia akses pendidikan, pekerjaan

15 Feb 2023, 3:50 AM
Dasar inklusif UIS tumpu empat strategi, sedia akses pendidikan, pekerjaan
Dasar inklusif UIS tumpu empat strategi, sedia akses pendidikan, pekerjaan
Dasar inklusif UIS tumpu empat strategi, sedia akses pendidikan, pekerjaan

HULU LANGAT, 15 FEB: Dasar inklusif Universiti Islam Selangor (UIS) yang dilancarkan Sabtu lalu memfokuskan kepada empat strategi ke arah menyediakan akses pendidikan kepada semua.

Rektornya Prof Madya Dato' Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berkata empat strategi itu termasuk meneroka peluang jaringan bersama kerajaan, industri, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti.

[caption id="attachment_566566" align="aligncenter" width="706"] Rektor Universiti Islam Selangor Dr Mohd Farid Ravi Abdullah berucap ketika majlis penutup Karnival Keusahawanan Kerjaya dan simbolik ulang tahun Universiti Islam Selangor (UIS) ke-28 di Pusat Konvensyen UIS, Hulu Langat pada 14 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Selain itu meningkatan konsep kesedaran inklusif kepada komuniti melalui pendekatan peringkat atas ke bawah serta memastikan setiap pusat tanggungjawab menerapkan konsep inklusif dalam perancangan dan pelaksanaan kerja.

"Memperkasa kemudahan kewangan, prasarana, peralatan, modal insan serta perkhidmatan sokongan bagi memastikan kebolehcapaian konsep inklusif di UIS," katanya ketika berucap pada malam perasmian penutup Karnival Keusahawanan dan Kerjaya simbolik sambutan ulang tahun UIS ke-28 di sini, malam tadi.

Majlis disempurnakan Pegawai Kewangan Negeri Selangor merangkap Ahli Lembaga Pengarah UIS Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

[caption id="attachment_566564" align="aligncenter" width="727"] Reruai jualan Karnival Keusahawanan Kerjaya dan simbolik ulang tahun Universiti Islam Selangor (UIS) ke-28 di Pusat Konvensyen UIS, Hulu Langat pada 14 Februari 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Menurut Dr Mohd Ravi dasar inklusif itu menumpukan kepada lima kelompok iaitu asnaf, orang kurang upaya (OKU), golongan B40, ibu atau bapa tunggal dan Orang Asli.

"Diharap dasar ini dapat memberi peluang kepada semua individu dalam mendapatkan pekerjaan, akses dan peluang pendidikan tanpa had di universiti kita berlandaskan nilai Islam selari dengan visi dan misi penubuhan universiti.

"UIS juga sentiasa berusaha memperkasa hubungan dengan universiti dan institusi dalam dan luar negara melalui jaringan industri dan kajian akademik," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.