ad
ADN

ADN Meru lancar kempen tutup aurat, sasar edar 5,000 helai tudung

14 Feb 2023, 12:00 AM
ADN Meru lancar kempen tutup aurat, sasar edar 5,000 helai tudung
ADN Meru lancar kempen tutup aurat, sasar edar 5,000 helai tudung

Oleh Azian Aziz

KLANG, 14 FEB Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru mengedarkan 5,000 helai tudung secara berperingkat sempena 'Kempen Menutup Aurat Muslimah bermula minggu lalu.

Pegawai Khas Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru Norlena Nayan berkata kempen tersebut menyasarkan sekolah rendah, tadika dan pejabat kerajaan.

"Sehingga kini kita telah mengedarkan 300 tudung di beberapa sekolah rendah serta tadika dan 100 lagi di Ibu Pejabat Klang Utara.

"Semua tudung yang diedarkan berwarna biru gelap. Insya-Allah kita akan edarkan tudung seperti yang disasarkan," katanya ketika ditemui dalam program jualan murah di Masjid Al-Falah, Kampung Budiman, semalam..

Menurut Norlena, kempen tersebut merupakan inisiatif ADN Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Tujuannya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin bagi mengingatkan kaum wanita beragama Islam tentang kewajipan menutup aurat.

"Selain itu kita juga ingin membantu meringankan kos membeli tudung bagi mereka yang kurang mampu," katanya.

[caption id="attachment_566303" align="aligncenter" width="500"] Wakil rakyat Meru Mohd Fakhrulrazi Mokhtar menyerahkan tudung kepada Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada 9 Februari 2023. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat Meru[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.