ad
AGENDA

Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang, Gombak

12 Feb 2023, 1:44 PM
Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang Sungai Pisang, Gombak

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat.

“Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20 meter dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

“Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.