BUDAYA

Taruhan

12 Feb 2023, 12:30 AM
Taruhan

Terang bumi disinar sang suria

Tumbuhlah tinggi rimbunan ketumbar

Bicara teruna manis ceria

Bintang nan tinggi ingin disambar

Jambang di muka licin dicukur

Ingin memikat hati si dara

Resam insani tak pandai bersyukur

Di depannya betis, diidamnya paha

Langit jingga mengisi pandangan

Unggas di hutan sahut-sahutan

Hampa umpan tidak terkenan

Walau rimbunan jadi taruhan

Mawar merah indah di taman

Dipetik seikat jadikan jambangan

Gunung yang tinggi diredah jangan

Andainya kaki terpasak sandaran

Dingin sang bayu menyapa tubuh

Kering daunan sama meluruh

Pisang di hutan setandan penuh

Tidak dipetik, masakan jatuh.

 

Nina Aryuni

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.