ad
AGENSI

Bantuan Kembali ke Sekolah dalam proses, 300 pemohon setiap DUN

30 Jan 2023, 9:48 AM
Bantuan Kembali ke Sekolah dalam proses, 300 pemohon setiap DUN

KUALA SELANGOR, 30 JAN: Semua permohonan bantuan Kembali ke Sekolah berjumlah RM100 bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sedang diproses.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya memaklumkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) memenuhi kuota 300 permohonan untuk diagihkan kepada penduduk yang layak.

“Banyak DUN yang berusaha untuk cukupkan kuota yang ditetapkan. Ada juga DUN yang memohon tambahan peruntukan, tetapi kita tidak dapat tunaikan permintaan tersebut,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau ditemui selepas menyampaikan replika cek sebanyak RM113,165 bagi pembinaan pagar komuniti Taman Alam Perdana, Puncak Alam di sini hari ini.

Sebelum inim MBI melanjutkan permohonan bantuan Kembali ke Sekolah sehingga 31 Januari, bagi memberi peluang kepada pejabat DUN yang belum melengkapkan senarai pemohon.

Had pendapatan pemohon juga ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.