ad
AGENSI

Inisiatif bantuan dikendali Yawas ikut perkembangan semasa, pastikan kebajikan rakyat terbela

29 Jan 2023, 2:30 PM
Inisiatif bantuan dikendali Yawas ikut perkembangan semasa, pastikan kebajikan rakyat terbela
Inisiatif bantuan dikendali Yawas ikut perkembangan semasa, pastikan kebajikan rakyat terbela

SELAYANG, 29 JAN: Program dan inisiatif untuk kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas yang dikendalikan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) mengikut perkembangan semasa serta menjaga kebajikan rakyat Selangor.

Pengurus Besarnya Gan Pei Nei berkata setiap bantuan kepada golongan terbabit demi menjamin kesejahteraan mereka khususnya kanak-kanak dalam bidang pendidikan awal.

"Yawas diberi amanah memfokuskan kebajikan dan kesejahteraan golongan ini. Bukan sahaja Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), tetapi pelbagai inisiatif ada untuk anak-anak termasuk Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas).

"Selain itu, ada juga bantuan untuk golongan istimewa seperti Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) manakala warga emas pula Skim Mesra Usia Emas (SMUE). Perkara utama adalah mahu membimbing anak-anak termasuk golongan istimewa untuk berdikari apabila dewasa," Katanya.

[caption id="attachment_563274" align="aligncenter" width="759"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (tengah) menyampaikan beg dan peralatan sekolah ketika program bantuan masuk sekolah ahli Tawas bagi sesi persekolahan darjah 1 tahun 2023 DUN Sungai Tua di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak pada 29 Januari 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berucap ketika pada program penyampaian bantuan Tawas kepada ahli yang didaftar di Dewan Undangan Negeri Sungai Tua, Gombak Setia dan Taman Templer di Dewan Rakyat Batu Caves di sini, hari ini.

Penyampaian bantuan awal persekolahan untuk ahli yang lahir pada 2016 itu disampaikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Mengulas mengenai Tawas, Pei Nei memaklumkan seramai 365,920 ahli didaftar sejak inisiatif itu diperkenalkan Kerajaan Negeri bermula 2008 hingga 2018.

"Untuk tahun ini, 42,634 ahli Tawas yang lahir pada 2016 dan bakal memasuki darjah satu menerima manfaat.

"Tujuan kita adakan majlis pemberian bukan sekadar meraikan sahaja, tetapi tanda keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban terutama musim persekolahan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.