ad
AGENDA

FAS pelawa pasukan sertai pertandingan bola sepak wanita lima sebelah

29 Jan 2023, 5:52 AM
FAS pelawa pasukan sertai pertandingan bola sepak wanita lima sebelah

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 29 JAN: Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menjemput pasukan berminat untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Wanita 5 Sebelah Liga Super Wanita FAS pada 4 Februari ini.

FAS memaklumkan penyertaan bagi pertandingan di pusat latihannya di sini adalah terhad kepada lapan pasukan terawal dengan pemain wanita berusia 13 tahun ke atas.

"Semua pasukan terlibat akan dibahagi kepada 2 kumpulan dengan setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar enam pemain sahaja," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan separuh akhir. Juara dan naib juara akan menerima hadiah berupa wang tunai.

Pasukan yang berminat boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/FASWSL5ASIDE dan penyertaan adalah percuma.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.