ad
AGENDA

1,389 kemalangan direkod hari terakhir Op Selamat 19

28 Jan 2023, 8:04 AM
1,389 kemalangan direkod hari terakhir Op Selamat 19

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Sebanyak 1,389 kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara pada hari terakhir pelaksanaan Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,711 kenderaan dengan kemalangan membabitkan kereta mencatat jumlah tertinggi sebanyak 1,140 kes.

“Ia diikuti motosikal membabitkan 250 kes, pacuan empat roda (211), lori (86), van (15), bas (tujuh) dan masing-masing satu kes kemalangan traktor dan basikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Op Selamat 19 dilaksanakan selama 10 hari bermula 18 hingga 27 Januari di seluruh negara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.