AGENDA

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 pagi

24 Jan 2023, 2:03 PM
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 24 JAN : Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran sama melibatkan beberapa kawasan di Perak, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.