ad
ADN

DUN Morib hulur sumbangan, ringan beban masyarakat Tionghoa sambut perayaan

22 Jan 2023, 12:49 AM
DUN Morib hulur sumbangan, ringan beban masyarakat Tionghoa sambut perayaan

KUALA LANGAT, 22 JAN: Pelbagai inisiatif termasuk sumbangan bakul makanan dan pemberian peruntukan kepada persatuan dilaksanakan bagi menyantuni masyarakat Tionghoa di Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib sempena Tahun Baharu Cina.

Wakil rakyatnya Hasnul Baharuddin berkata menerusi inisiatif Kerajaan Negeri seramai 400 penerima baucar Jom Shopping perayaan Tahun Baharu Cina layak menerima baucar dan membeli-belah baru-baru ini.

“Selain itu sebanyak RM6,000 diperuntukkan kepada dua persatuan masyarakat Cina di DUN ini untuk mereka melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan membaiki kemudahan asas di tokong.

“Kita juga ada membuat sumbangan angpau kepada 100 penerima selain edaran 250 bakul makanan kepada Persatuan Penduduk Taman Delima Banting yang diharap dapat membantu mereka yang dilanda kesempitan,” katanya.

Beliau ditemui pada program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Morib di Jalan Desa 4, Taman Sri Desa, di sini yang menyaksikan kira-kira 300 pengunjung berpeluang berbelanja pada jualan murah itu.

Program itu menawarkan jualan ayam standard (RM10 seekor), telur ayam gred B (RM10 sepapan), daging pejal segar (RM10 per pek), minyak masak 5kg (RM25), beras 5kg (RM10) dan ikan (RM6 per pek).

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.