ad
PBT

MPKL sedia 177 petak untuk dimohon secara dalam talian hingga 15 Januari

4 Jan 2023, 5:02 AM
MPKL sedia 177 petak untuk dimohon secara dalam talian hingga 15 Januari
MPKL sedia 177 petak untuk dimohon secara dalam talian hingga 15 Januari

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 4 JAN: Peniaga sekitar Kuala Langat berpeluang memohon 177 tapak bazar Ramadan di tiga lokasi secara dalam talian mulai 1 hingga 15 Januari.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berkata sebanyak 90 tapak disediakan di bazar Banting, bazar Tanjung Sepat (20 petak) dan bazar Taman Langat Murni (67 petak).

"Permohonan dibuka mulai 1 hingga 15 Januari dan boleh dibuat dalam talian etaksiran.mpkl.gov.my," katanya menerusi Facebook hari ini.

MPKL turut memaklumkan peniaga bazar Ramadan digalakkan menyediakan platform bayaran tanpa tunai seperti Touch & Go e-wallet, Boost dan QRPay.

"Platform pembelian atas talian perlu disediakan peniaga seperti paparan jualan dalam Foodpanda, Facebook, WhatsApp dan lain-lain termasuk menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan.

"Kempen bebas plastik dan larangan penggunaan polisterin perlu dipatuhi peniaga bazar Ramadan," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan MPKL di talian 012-300 4167 atau 03-3853 0317 (sambungan 1704)

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.