ad
PBT

MPKL: Notis kesalahan terhadap pemilik letak bahan binaan depan rumah

31 Dis 2022, 2:47 AM
MPKL: Notis kesalahan terhadap pemilik letak bahan binaan depan rumah

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 31 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) mengeluarkan notis kesalahan ke atas pemilik kediaman yang didapati meletakkan barang binaan di atas jalan hadapan rumahnya di Taman Mulia, Banting.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata kesalahan dikesan hasil daripada rondaan dan tinjauan anggota penguat kuasa di kawasan perumahan itu Khamis lalu.

"Pegawai penguat kuasa MPKL mengeluarkan satu notis kesalahan kepada pemilik rumah itu kerana meletakkan bahan binaan seperti pasir dan batu-bata atas jalan tanpa kebenaran," katanya menerusi Facebook.

MPKL menjelaskan kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 47(2)(a), Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Agensi itu memberitahu rondaan secara berkala akan dilakukan dari masa ke semasa oleh anggota pengkuat kuasa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklum balas dengan menghubungi talian atau WhatsApp 012-300 4217.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.