PBT

MPAJ cipta rekod kibar logo terbesar di puncak Gunung Kinabalu

16 Dis 2022, 8:12 AM
MPAJ cipta rekod kibar logo terbesar di puncak Gunung Kinabalu

SHAH ALAM, 16 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila mengibarkan logo korporat terbesar di puncak Gunung Kinabalu.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, program menerusi Ekspedisi T30 disertai 30 peserta dalam kalangan ahli majlis, pengarah dan warga kerjanya.

Logo bersaiz 17.8 meter (tinggi) dan 12.8 meter (lebar) dikibar sempena sambutan ulang tahun penubuhan MPAJ ke-30.

"Turut serta dalam pendakian Ketua Pegawai Operasi MBOR Christopher Wong Hong Wai dan telah menyerahkan sijil rekod baharu kepada MPAJ.

“Alhamdulillah sejarah tercipta dan kejayaan luar biasa buat MPAJ. Tahniah kepada semua yang menjayakan misi ini,” tulisnya di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.