AGENDA

Mangsa banjir Selangor, Perak kekal, Melaka buka sebuah PPS hari ini

2 Dis 2022, 3:08 AM
Mangsa banjir Selangor, Perak kekal, Melaka buka sebuah PPS hari ini

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 DIS: Empat daerah di tiga negeri terkesan banjir dengan 516 orang daripada 146 keluarga berlindung di enam pusat pemindahan sementara yang dibuka setakat jam 8 pagi tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerusi Facebook memaklumkan Melaka merupakan negeri terbaharu mencatatkan mangsa banjir dengan 20 orang ditempatkan di sebuah PPS.

Selangor kekal dengan 170 mangsa banjir berada di tiga PPS manakala Perak pula seramai 317 orang di dua PPS.

Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan ribut petir dan hujan diramal berlaku di beberapa tempat seluruh Semenanjung Malaysia pada sebelah petang hingga malam.

Sementara itu, infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor melaporkan stesen paras air Bukit Changgang, Kuala Langat berada pada paras bahaya.

Semalam, kira-kira 497 mangsa banjir di Selangor dan Perak berada di lima PPS setakat jam 10 malam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.