AGENDA

Semangat guru Kafa meningkat seiring kenaikan elaun

27 Nov 2022, 3:47 AM
Semangat guru Kafa meningkat seiring kenaikan elaun
Semangat guru Kafa meningkat seiring kenaikan elaun

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 27 NOV: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Kampung Delek menyambut baik pengumuman pelarasan elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada RM1,500 tahun depan.

Yang Dipertuanya, Hafiz Bahari berkata pengumuman yang dibuat dalam Belanjawan 2023 itu secara tidak langsung menaikkan semangat guru Kafa yang mengajar di sekolah itu.

"Meskipun mereka menjawat jawatan sebagai guru Kafa, komitmen yang telah diberikan dalam mendidik anak-anak ini tidak dapat dinafikan.

"Saya mengharapkan agar Kerajaan Negeri terus konsisten memperkasakan peranan guru Kafa pada masa akan datang dan saya menzahirkan ucapan terima kasih atas kecaknaan Kerajaan Negeri ini,” katanya.

 

[caption id="attachment_552222" align="aligncenter" width="333"] Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Agama Kampung Delek Hafiz Bahari[/caption]

Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lepas mengumumkan elaun bulanan 2,825 guru Kafa di Selangor diseragamkan kepada RM1,500 mulai tahun depan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, peningkatan itu melibatkan dana RM4.8 juta bagi menghargai peranan mereka yang membentuk pelajar ke arah kehidupan seimbang dunia dan akhirat.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.