AGENDA

RM28 juta laksana projek kecil, bantu pulih ekonomi

26 Nov 2022, 1:27 AM
RM28 juta laksana projek kecil, bantu pulih ekonomi

SHAH ALAM, 27 NOV: Projek Selangor Penyayang yang diperkenal untuk merancakkan ekonomi setempat pascapandemik Covid-19 bakal diteruskan tahun depan dengan dana RM28 juta.

Dato' Menteri Besar berkata setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima peruntukan RM500,000 dengan keutamaan kepada penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan awam.

"Ia termasuk pembangunan kemudahan yang tidak mempunyai peruntukan selenggara tahunan," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau memaklumkan sebanyak 664 Projek Selangor Penyayang dilaksana tahun ini dengan peruntukan RM35 juta, yang menumpukan penyelenggaraan infrastruktur asas dan awam yang tertangguh.

"(Ia) sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca Covid-19," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.