AGENDA

RM2 juta rancak ekspo penyelidikan inovasi, jaya agenda negeri pintar

25 Nov 2022, 1:47 PM
RM2 juta rancak ekspo penyelidikan inovasi, jaya agenda negeri pintar

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Program Ekspo Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (SRIE) akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM2 juta tahun depan bagi merancakkan kolaborasi pelbagai sektor dalam bidang berkaitan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan program berkenaan selaras dengan agenda menjadikan Selangor sebagai hab utama penyelidikan, pembangunan dan inovasi di negara ini.

"SRIE merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam memperkukuhkan dasar dan strategi pembangunan gugusan pendidikan dalam bidang penyelidikan.

"Program itu merupakan nadi ke arah Smart Selangor (negeri pintar) bagi memacu teras utama dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang telah dilancarkan sebelum ini,’’ katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.