AGENDA

Peruntuk RM1.5 juta bantu pusat kebajikan kekal lestari, kondusif

25 Nov 2022, 12:58 PM
Peruntuk RM1.5 juta bantu pusat kebajikan kekal lestari, kondusif

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM1.5 juta diperuntuk kepada pusat kebajikan yang memerlukan sokongan dan dana, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata menerusi program pemerkasaan pusat kebajikan itu, bantuan dapat memastikan operasi pengurusan kekal lestari dan kondusif.

"Pada 2023 Kerajaan negeri beriltizam memperkukuh serta menambah baik program berteras kebajikan. Justeru pusat kebajikan merupakan komponen penting dalam memastikan kebajikan golongan kurang bernasib baik seperti warga emas, anak yatim piatu dan orang kelainan upaya terjamin.

"Sebagai kerajaan prihatin dan penyayang, Kerajaan Selangor komited dalam pelaksanaan agenda pemerkasaan pusat kebajikan," katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Beliau turut mengumumkan dana sejumlah RM500,000 bagi menjayakan program kebajikan usahasama melibatkan pentadbirannya dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Di Selangor, persatuan dan NGO aktif melaksanakan kebajikan secara sukarela. Kerajaan Negeri akan memantapkan kerjasama dengan NGO bagi memberdaya golongan memerlukan serta memperkasa komuniti setempat. Golongan sasar akan menikmati manfaat dan bantuan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.