AGENDA

RM8 juta baik pulih infrastruktur, peralatan kelas agama bukan Islam 

25 Nov 2022, 12:48 PM
RM8 juta baik pulih infrastruktur, peralatan kelas agama bukan Islam 

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM8 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur dan peralatan mengadakan kelas agama bukan Islam tahun depan.

Dato' Menteri Besar berkata dana itu disalur kepada persatuan yang memohon melalui pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas).

"Kerajaan Negeri prihatin keperluan untuk membaik pulih rumah ibadat bukan Islam sedia ada bagi tujuan keselesaan semasa menjalankan aktiviti agama serta keperluan asas daripada segi peralatan menjalankan kelas agama.

"Peruntukan ini disalurkan melalui Sistem Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao)," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.