AGENDA

Semarak perpaduan, dana RM1 juta laksana program 'Kita Selangor'

25 Nov 2022, 12:41 PM
Semarak perpaduan, dana RM1 juta laksana program 'Kita Selangor'

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM1 juta diperuntuk bagi menyemarak dan meneruskan program mengukuhkan perpaduan di Selangor tahun depan.

Antara program dijalankan dengan dana RM300,000 setiap satu adalah Duta Perpaduan Selangor (DPS) dan Geran Perpaduan 'Kita Selangor'.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata program dengan semangat 'Kita Selangor' khusus untuk semua rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

"Perpaduan adalah antara tunjang penting dalam usaha membina sebuah negeri yang maju, berdaya huni dan makmur.

"Selangor bukan sahaja negeri yang mempunyai pelbagai etnik, budaya dan agama sebaliknya merupakan negeri 'super diversity' yang mempunyai aneka kepelbagaian.

"Termasuk kepelbagaian penduduk yang bermigrasi daripada pelbagai negara dan negeri luar dari Selangor," katanya dalam pembentangan belanjawan 2023 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.