AGENDA

Selangor peruntuk RM3 juta sedia geran galak penyelidikan, hasil penemuan baharu

25 Nov 2022, 10:07 AM
Selangor peruntuk RM3 juta sedia geran galak penyelidikan, hasil penemuan baharu

SHAH ALAM, 25 NOV: Bagi menggalakkan program penyelidikan menjadi lebih inovatif, Kerajaan Negeri menyediakan geran dengan peruntukan RM3 juta.

Dato’ Menteri Besar berkata Geran Penyelidikan Negeri Selangor yang disalur tahun ini dan 2023 itu khusus bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) bidang sains dan teknologi.

“Kerajaan Negeri Selangor amat komited dalam membantu mahasiswa dan penyelidik anak Negeri Selangor sepanjang pengajian mereka di universiti termasuk dalam bidang penyelidikan," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

“Bidang penyelidikan merupakan tunjang penting dalam menghasilkan penemuan-penemuan baharu dalam pelbagai aspek sains dan teknologi seterusnya menjamin kelestarian kehidupan masa hadapan dan membantu generasi ini lebih maju dan berdaya saing."

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.