AGENDA

Cegah jenayah siber, Selangor tubuh pasukan tindak balas kecemasan

25 Nov 2022, 9:55 AM
Cegah jenayah siber, Selangor tubuh pasukan tindak balas kecemasan

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM20 juta diperuntuk dalam Belanjawan Selangor 2023 untuk meningkatkan tahap keselamatan siber di negeri ini.

Dato' Menteri Besar berkata Pasukan Tindak balas Kecemasan Siber (CERT) Selangor berfungsi untuk melindungi, mengesan dan bertindak-balas terhadap serangan siber.

"Pembentukan CERT Selangor dimulakan dengan sekurang-kurangnya lima perjawatan yang akan bertanggungjawab terhadap keselamatan sistem, data serta infrastruktur ICT negeri.

"Pasukan CERT akan diperkasakan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan siber di negeri ini berada pada tahap optimum," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.