AGENDA

Kebajikan OKU diperkemas, didaftar bawah Skim Mesra Insan Istimewa

25 Nov 2022, 8:45 AM
Kebajikan OKU diperkemas, didaftar bawah Skim Mesra Insan Istimewa

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor memperkemaskan kebajikan orang kurang upaya (OKU) dengan mendaftarkan golongan tersebut di bawah Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata sebelum ini OKU diletakkan di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) namun inisiatif tersebut distruktur semula.

"Selain penstrukturan ini, Selangor akan meningkatkan nilai baucar beli-belah daripada RM100 kepada RM150.

"Dengan kenaikan nilai baucar ini, program SMUE dan SMIS akan melibatkan penambahan peruntukan sebanyak RM10 juta menjadikan peruntukan bagi SMUE dan SMIS berjumlah RM 30.5 juta pada 2023," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2023.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.