ad
AGENDA

Peniaga mengeluh barang mahal, calon tekad bawa isu ke Parlimen

11 Nov 2022, 12:30 AM
Peniaga mengeluh barang mahal, calon tekad bawa isu ke Parlimen
Peniaga mengeluh barang mahal, calon tekad bawa isu ke Parlimen

KUALA LANGAT, 11 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Kuala Langat meneruskan kempen bersama jentera dengan bertemu peniaga di Pasar Pagi Teluk Bunut, Banting semalam.

Dalam pertemuannya, Manivanan Gowin mendengar keluhan mereka yang sukar mendapatkan bahan mentah seperti telur selain terbeban dengan kenaikan harga barang yang mendadak.

“Satu sahaja isu dibangkitkan peniaga iaitu kenaikan harga barang dan kesukaran mendapatkan telur.

“Mereka mengeluh tidak dapat menaikkan harga jualan tetapi (terbeban kerana) kos barangan meningkat, menyebabkan belian tidak seimbang,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata pengalaman sebagai ahli parlimen Kapar pada 2013 yang turut memperjuang isu kos sara hidup akan dibawa ke Dewan Rakyat jika dipilih dalam pilihan raya kali ini.

Manivanan melawan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi (Perikatan Nasional) dalam saingan enam penjuru pada pilihan raya umum ke-15.

[caption id="attachment_548274" align="aligncenter" width="720"] Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Kuala Langat Manivanan Gowin (kiri) bertemu peniaga dan mengedarkan akhbar Selangorkini di pasar malam Banting pada 7 November 2022. Foto Facebook Manivanan Gowin[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.