ad
AGENDA

Calon seru kempen sihat, jangan main isu agama atau kaum

6 Nov 2022, 9:00 AM
Calon seru kempen sihat, jangan main isu agama atau kaum
Calon seru kempen sihat, jangan main isu agama atau kaum

KUALA LANGAT, 5 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Kuala Langat Datuk G Manivanan berharap semua calon tidak membawa politik sempit dengan memainkan isu agama dan perkauman.

Beliau menuntut semua calon bertanding cara sihat dan bersedia untuk berdebat sebarang isu yang memberi manfaat penduduk kawasan itu.

"Jangan main politik murahan seperti anak tempatan. Nak bertanding boleh berdebat dengan saya. Saya cabar dari segi polisi dan dasar, jangan main (isu) agama, perkauman dan politik sempit," katanya ketika ditemui selepas pencalonan di Dewan Seri Jugra Telok Datok di sini, semalam.

[caption id="attachment_547749" align="alignleft" width="500"] Calon HARAPAN Parlimen Kuala Langat Manivanan Gowin. Foto Facebook Manivanan Gowin[/caption]

Beliau juga mahu melancarkan manifesto khusus untuk pengundi di kawasan tersebut yang bakal memajukan lagi prasarana di kawasan berkenaan.

"Antara isu yang sering dibangkitkan ialah Hospital Banting yang perlu dinaik taraf supaya dapat beri perkhidmatan terbaik, kesesakan lalu lintas dan mencegah banjir," katanya.

Manivanan berdepan saingan enam penjuru melawan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi dari Perikatan Nasional, M Mohana (Barisan Nasional), Mohd Ridzuan Abdullah(Pejuang), Ganeskumar (Parti Rakyat Malaysia) dan Zanariah Jumhuri (Bebas).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.