ad
AGENDA

Jentera HARAPAN dekati belasan ribu pengundi muda di Gombak

2 Nov 2022, 9:53 AM
Jentera HARAPAN dekati belasan ribu pengundi muda di Gombak

GOMBAK, 2 NOV: Jentera Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu menumpukan usaha mendekati pengundi muda supaya mereka keluar memilih dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU) pada 19 November.

Pengerusi HARAPAN Selangor Dato' Seri Amirudin Shari menegaskan jentera juga perlu memberi penerangan jelas visi parti kepada setiap pengundi tanpa mengira fahaman politik.

"Parlimen Gombak ada belasan ribu pengundi muda, bawa mereka semua keluar mengundi HARAPAN. Jentera perlu bekerja sebagai satu pasukan," katanya pada majlis ramah mesra bersama pengundi Gombak Setia di sini kelmarin.

Amirudin yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) turut mengarahkan jentera mengelak sengketa antara satu sama lain dan menumpukan usaha untuk memenangkan parti.

"Lupakan pergaduhan kecil kerana agenda lebih besar ada di depan. Semakin kuat bekerja, dapat tarik pengundi dan bawa mereka keluar. Kita boleh mencipta sejarah kemenangan.

"Kemenangan di Parlimen Gombak adalah bukti dan memberi petunjuk baik untuk kita meneruskan mandat di Selangor pada penggal seterusnya," katanya yang juga Dato' Menteri Besar.

Amirudin akan bertembung dengan penyandang dua penggal Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dari Perikatan Nasional dan calon Barisan Nasional Megat Zulkarnain Omardin.

Beliau merupakan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua selama tiga penggal. Pada PRU14 beliau menewaskan calon Barisan Nasional N Rawisandran dengan majoriti 11,374 undi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.