ad
PBT

MBSJ anjur pertandingan muzik jalanan, tawar hadiah wang tunai

1 Nov 2022, 3:46 AM
MBSJ anjur pertandingan muzik jalanan, tawar hadiah wang tunai
MBSJ anjur pertandingan muzik jalanan, tawar hadiah wang tunai

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 1 NOV: Habuan wang tunai menanti pemenang pertandingan pemuzik jalanan (buskers) anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata johan bakal menerima RM1,000 diikuti naib johan (RM700), tempat ketiga (RM500) manakala johan bulanan (RM200) dan empat hadiah sagu hati (RM100).

Jelas MBSJ, pertandingan diadakan pada setiap Ahad minggu pertama bagi tempoh lima bulan bermula 6 November ini hingga 1 April tahun depan di hadapan Subang Parade.

"Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh komuniti bandar raya Subang Jaya dan terhad kepada lima kumpulan (bulanan) sahaja," katanya menerusi Facebook.

Mengenakan yuran sebanyak RM50, sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh menghubungi Marsidi 017-340 7651, Shamir Horace 016-777 2446 dan Khairul Nizam 012-345 7145.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.