ad
AGENDA

MB bantu penduduk Putra Perdana selesai hak milik tanah, isu berlaku sebelum 2008

29 Okt 2022, 2:01 PM
MB bantu penduduk Putra Perdana selesai hak milik tanah, isu berlaku sebelum 2008
MB bantu penduduk Putra Perdana selesai hak milik tanah, isu berlaku sebelum 2008

SEPANG, 29 OKT: Nasib kediaman 9,000 penduduk di Putra Perdana, Puchong disini, terbela apabila bakal menerima surat cara pindah milik (MOT) bulan depan.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sedang menunggu kertas kerja daripada pejabat tanah untuk mendapat kelulusan.

"Sempena program ini, saya umumkan tentang pindah hak milik di kawasan Putra Perdana yang libatkan 9,000 penduduk telah mendapat penyelesaian.

"Saya percaya boleh diselesaikan dan perkara ini dibincang sejak dua ke tiga tahun dengan pemaju. Isu hak milik tanah ini muncul sebelum 2008 lagi dan kita cari solusi untuk selesaikannya.

"Paling minimum selesai dalam sebulan sebab kelulusan mengambil masa dan perlu menunggu pejabat tanah hantar kertas kerja ke peringkat negeri untuk dapatkan kelulusan," katanya.

Beliau ditemui selepas hadir ke program penggerak masjid di Masjid Taman Putra Perdana, Puchong sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di sini hari ini.

Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang berlangsung selama dua hari sehingga esok di KIP Sentral, Kota Warisan dengan bertemakan Menjamin Kehidupan Bermartabat.

[caption id="attachment_546625" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari ketika menghadiri program bersama penggerak masjid sempena Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Masjid Taman Putra Perdana Puchong, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.