AGENSI

Zakat Selangor sumbang van untuk kegunaan pelajar tahfiz masjid istana

26 Okt 2022, 12:00 AM
Zakat Selangor sumbang van untuk kegunaan pelajar tahfiz masjid istana

SHAH ALAM, 26 OKT: Pejabat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menerima sumbangan sebuah van daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) baru-baru ini.

Facebook Selangor Royal Office memaklumkan kenderaan bakal digunakan pelajar Pengajian Tahfiz Masjid Istana Diraja Istana Alam Shah di Klang untuk ke Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) Alam Impian, dekat sini.

“Sumbangan ini mengambil kira keadaan van sedia ada yang uzur dan kerap rosak. Sumbangan diterima Unit Hal Ehwan Islam Pejabat DYMM Sultan Selangor,” katanya.

Menurut Selangor Royal Office, pusat tahfiz berkenaan ditubuh pada 2011 atas perkenan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bagi mengimarahkan aktiviti Masjid Istana Diraja di Istana Alam Shah.

Pengambilan pelajar dilakukan lima tahun sekali dan mengutamakan anak jati negeri ini yang cemerlang dalam akademik dan sahsiah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.