AGENDA

MB: Pembangunan Sabak Bernam buka banyak peluang ekonomi

15 Okt 2022, 10:30 AM
MB: Pembangunan Sabak Bernam buka banyak peluang ekonomi

SABAK BERNAM, 15 OKT: Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) bakal menjadi nadi penting kepada pertumbuhan kawasan daerah ini.

Dato' Menteri Besar berkata perancangan turut menjamin penempatan yang lebih selesa di samping membuka banyak peluang ekonomi membabitkan pelbagai sektor antaranya pertanian, pelancongan dan agrokultur.

"Dalam tempoh lima hingga 10 tahun ini, Sabak Bernam akan diangkat martabatnya dan keluar dari status majlis daerah ke perbandaran. Kita akan teruskan dengan kerajaan sedia ada," katanya berucap merasmikan Jelajah Selangor Penyayang daerah ini hari ini.

Beliau kemudian melancarkan SABDA yang merupakan inisiatif pembangunan ekonomi keseluruhan daerah ini bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Program dijangka melibatkan sektor awal dan swasta berjumlah RM1.9 bilion yang boleh menjana hasil tahunan sebanyak RM246 juta setahun selain membekalkan 4,000 peluang pekerjaan.

Ia melibatkan lima kluster iaitu menambah komoditi bernilai tinggi, khidmat sokongan, membangun industri hiliran dan asas tani, meningkatkan sektor pelancongan serta merancakkan pembangunan infrastruktur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.