ad
ADN

DUN Sentosa terima 1,500 permohonan bantuan bulanan RM300

30 Sep 2022, 1:15 AM
DUN Sentosa terima 1,500 permohonan bantuan bulanan RM300

KLANG, 30 SEPT: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menerima 1,500 permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas).

Ahli Dewan Negeri Dr G Gunaraj berkata permohonan bantuan bulanan RM300 itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.

“Bagaimanapun, kuota diperuntuk untuk bantuan ini terhad kepada 650 penerima sahaja sedangkan permohonan diterima lebih dua kali ganda.

“Saya berharap Kerajaan Negeri dapat pertimbang untuk menambah kuota supaya lebih ramai rakyat dapat manfaat,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Dilancar sejak akhir Jun lalu, Bingkas merupakan sebahagian daripada 44 insentif terkandung dalam Iltizam Selangor Penyayang yang bakal memanfaatkan 30,000 keluarga membabitkan dana RM108 juta.

Bayaran Bingkas berjumlah RM3,600 setahun dibuat menerusi Wavpay bagi memudahkan penerima berbelanja.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.