ad
AGENDA

Jabatan hutan nafi keluar iklan jual lot kuari Bukit Lagong

29 Sep 2022, 10:44 AM
Jabatan hutan nafi keluar iklan jual lot kuari Bukit Lagong

SHAH ALAM, 29 SEPT: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menafikan pihaknya mengeluarkan iklan penjualan lot kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong di sebuah laman web.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian sebaliknya berkata semua kuari seluas 28 peratus daripada keseluruhan hutan berkenaan diluluskan mengikut prosuder.

"Perlaksanaan pembangunan kuari ini adalah secara berperingkat mengikut tempoh masa tertentu bagi tujuan mengawal impak kepada alam sekitar selain mengelakkan isu pasaran bahan batuan semasa.

"Berkenaan iklan penjualan lot tanah kuari di laman web EdgeProp, JPNS menafikan wujud sebarang kaitan berhubung iklan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Loy Sian, semua kelulusan kuari diberikan secara lesen kecil selaras dengan Seksyen 28, Enakman (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Katanya, status tanah di kawasan berkenaan juga masih lagi kekal sebagai hutan simpan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.