ad
PBT

800 peserta sertai pertandingan lumba basikal MPHS

26 Sep 2022, 9:18 AM
800 peserta sertai pertandingan lumba basikal MPHS

SHAH ALAM, 26 SEPT: Seramai 800 peserta dari dalam dan luar negara menyertai pertandingan lumba basikal sejauh 40 kilometer dari Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser semalam.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berkata program Hulu Selangor King of Mountain 2022 merupakan penjenamaan semula Kayuhan Raja Bukit yang kali terakhir diadakan pada 2019.

Terdapat tiga kategori penyertaan iaitu road bike dengan 656 peserta diikuti mountain bike (120) dan folding bike (24).

Yang Dipertua MPHS berkata pertandingan itu akan dijadikan aktiviti tahunan MPHS memandangkan bilangan penyertaan menggalakkan daripada peminat sukan berbasikal.

"Secara tidak langsung, ia juga dapat menarik pelancong luar untuk merasai pengalaman berada di Hulu Selangor yang menghijau ini," kata Mohd Hasry Nor Mohd dalam kenyataan di Facebook.

Gelaran 'king of mountain' dimenangi Mohd Abd Hamid dengan catatan masa 19 minit 34 saat, manakala gelaran 'queen of mountain' disandang Ju Pha Som Net dengan catatan masa 23 minit 2 saat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.