ad
AGENSI

AnIS anjur lima kursus kemahiran, bantu belia OKU bekerja

19 Sep 2022, 2:10 PM
AnIS anjur lima kursus kemahiran, bantu belia OKU bekerja
AnIS anjur lima kursus kemahiran, bantu belia OKU bekerja

SHAH ALAM, 19 SEPT: Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) menganjurkan kursus kemahiran pelbagai bidang bagi membantu orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran menyambung pengajian.

Agensi tersebut berharap kursus yang membabitkan bidang jahitan, bakeri, pengurusan pejabat, teknologi digital dan kecerdasan buatan dapat membantu belia dari golongan berkenaan untuk bekerja.

Katanya, pendaftaran telah dibuka dan pemohon mestilah menepati syarat-syarat kelayakan iaitu:

  • berumur 17 hingga 22 tahun
  • mempunyai masalah pembelajaran
  • mampu mengurus diri
  • mengusai 3M (membaca, menulis, mengira)
  • ibu / bapa / penjaga pemohon pengundi Selangor

Mereka yang berkelayakan boleh memohon menerusi pautan www.anisselangor.com/sediakerja dan maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi 03-5545 3170 atau mesej terus di Facebook atau Instagram Anis.

Pada 16 Ogos, Kerajaan Selangor berhasrat mewujudkan pusat sokongan kehidupan berdikari (ILSC) di setiap daerah bagi memberi latihan dan kemahiran kepada OKU berusia 18 tahun ke atas.

EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta badan bukan kerajaan berkaitan bagi mengenal pasti lokasi penubuhan pusat terbabit.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.