ad
AGENDA

Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 5 petang

11 Sep 2022, 5:57 AM
Tujuh daerah di Selangor diramal hujan lebat sehingga 5 petang

SHAH ALAM, 11 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor membabitkan tujuh daerah sehingga 5 Petang ini.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di Sabak Bernam, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Hulu Langat serta seluruh Kuala Lumpur dan Perlis.

Manakala beberapa kawasan lagi di Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.