ad
AGENSI

Tiga usahawan baharu Zero To Hero terima alatan jahit, pembiayaan RM10,000

10 Sep 2022, 3:35 AM
Tiga usahawan baharu Zero To Hero terima alatan jahit, pembiayaan RM10,000
Tiga usahawan baharu Zero To Hero terima alatan jahit, pembiayaan RM10,000

SHAH ALAM, 10 SEPT: Seramai tiga usahawan baharu yang lahir dari program Zero To Hero kelolaan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah)  menerima barangan dan mesin jahitan daripada syarikat peneraju.

Hijrah menerusi Facebook memaklumkan, kesemua usahawan dari cawangannya di Puchong turut ditawarkan pembiayaan perniagaan RM10,000 selain diberi taklimat dalam satu majlis pada 2 September.

[caption id="attachment_539371" align="aligncenter" width="708"] Pegawai Hijrah memberi taklimat kepada tiga usahawan Zero To Hero selain menawarkan pembiayaan perniagaan RM10,000 kepada mereka dalam majlis penyerahan alatan menjahit daripada syarikat peneraju di pejabat Hijrah Cawangan Puchong, Subang Jaya pada 2 September 2022. Foto Facebook Hijrah Selangor[/caption]

Hijrah menerusi Skim Zero To Hero membantu individu berminat untuk berniaga dengan menerapkan latihan, pemasaran dan bimbingan berterusan oleh syarikat peneraju terpilih.

Selepas tamat tempoh, peserta layak diberi peluang membuat permohonan pinjaman Hijrah sementara syarikat peneraju membekalkan peralatan dan bahan perniagaan.

Selain skim Zero to Hero, Hijrah turut menawarkan enam skim pembiayaan lain seperti i-Bisnes, Niaga Darul Ehsan (NaDI), Go Digital, i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim.

Dato’ Menteri Besar ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2022 pada 26 November lalu mengumumkan beberapa penambahbaikan skim pembiayaan Hijrah.

Dato’ Seri Amirudin Shari antaranya mengumumkan dana RM120 juta untuk memberikan pembiayaan kepada usahawan selain mewujudkan skim baharu yang menyediakan pinjaman sehingga RM100,000 bagi mengembangkan perniagaan.

Kerajaan Negeri turut mewujudkan skim pembiayaan i-Agro kepada 2,000 usahawan tani dengan pembiayaan maksimum RM26,000, membina Dataran Hijrah, meningkatkan pinjaman dari RM5,000 kepada RM10,000 untuk program Zero to Hero.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.