ad
AGENSI

Permohonan daftar wasiat, Mais tawar potongan 50 peratus

30 Ogos 2022, 10:04 AM
Permohonan daftar wasiat, Mais tawar potongan 50 peratus
Permohonan daftar wasiat, Mais tawar potongan 50 peratus

SHAH ALAM, 30 OGOS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menawarkan potongan harga 50 peratus bagi yuran pendaftaran permohonan membuat wasiat sempena Hari Kebangsaan.

Setiausahanya Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata tawaran istimewa itu bermula bulan ini sehingga 18 September depan kepada pelanggan yang ingin membuat permohonan wasiat.

"Pelanggan-pelanggan yang ingin membuat wasiat hanya perlu membuat bayaran berjumlah RM150 sahaja dan ia terhad untuk 2,000 pelanggan yang pertama.

"Permohonan wasiat boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my atau

mengimbas kod respon pantas seperti yang tertera," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut mengenai wasiat boleh melayari laman sesawang https://www.mais.gov.my/perkhidmatan-wasiat/ .

Selain maklumat lanjut boleh diperolehi melalui media sosial Mais iaituFacebook Majlis Agama Islam Selangor, Instagram iaitu mais_officialhq dan baitulmalmais.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.