AGENDA

Bomba selamatkan wanita warga emas terperangkap banjir di Semenyih

29 Ogos 2022, 2:44 PM
Bomba selamatkan wanita warga emas terperangkap banjir di Semenyih

SHAH ALAM, 29 OGOS: Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap banjir dalam rumahnya di Jalan Kampung Sementa Sesapan Kelubi, Semenyih, Kajang petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.17 malam.

Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi sebelum tiba 10 minit kemudian.

“Sebaik tiba kami mendapati sebuah rumah dinaiki air setinggi satu kaki.

“Wanita berusia 68 tahun diselamatkan dan dihantar ke rumah saudaranya,” katanya dalam kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.